Mahukan lebih panduan tentang kombinasi corak dan warna mengikut bentuk tubuh? Anda boleh lihat panduan ini:
Rectangular
shape
- Pilihan Warna : warna-warna yang cerah dan terang adalah dialu-alukan kerana akan membuatkan badan anda kelihatan lebih besar akibat pantulan cahaya. Warna-warna gelap juga baik kerana dapat memberikan efek langsing.
- Pilihan Corak: Boleh memakai corak atau cetakan yang bersifat berani (bold prints and patterns).
Circle shape
- Pilihan Warna : Sesuai menggayakan warna hitam, biru navy, chocolate brown, hijau gelap, unggu dan kelabu. Apabila menggabungkan pakaian dengan warna yang lebih cerah, pastikan untuk mengekalkan warna gelap di bahagian bawah tubuh.
- Pilihan Corak: Elakkan corak atau cetakan yang terlalu serabut. Pilih corak halus seperti titik kecil polka, jalur halus mendatar atau menegak.
Triangle shape
- Pilihan Warna: Gunakan tona warna yang lebih gelap di bahagian belakang, pinggul dan peha. Bahagian atas tubuh yang lebih kecil adalah bebas untuk menggunakan pelbagai warna.
- Pilihan Corak : Memilih corak dan cetakan yang bersifat berani (bold prints and patterns) adalah sesuai digunakan pada bahagian atas tubuh. Namun bahagian bawah tubuh perlu menggunakan corak yang bersifat kecil dan sederhana.
Hourglass shape
- Pilihan warna : Spektrum warna untuk bentuk tubuh ini adalah meluas. Namun, warna-warna yang sangat ringan seperti putih gading, merah jambu, kuning dan biru lembut mudah membuat bahagian bawah badan anda kelihatan lebih besar.
- Pilihan Corak: anda bebas memilih apa jua corak kegemaran kerana bentuk tubuh yang ideal, namun corak yang terlalu berani di bahagian bawah tubuh akan membuatkan ia kelihatan tidak seimbang.
No comments:
Post a Comment