Saturday, 19 October 2013

Selamat pagi. Petua bancuh kopi O sedap

Selamat pagi semua. indah sungguh bangun pagi di hujung minggu. Boleh tenangkan fikiran, sambil menikmati secawan kopi yang enak. My auntie pandai bancuh kopi O. tak kira apa pon brand coffee, pasti sedap dan kaww kopi O beliau. nak tau petua untuk bancuh kopi O yang sedap dan menawan hati? admin share kat sini, PETUA BANCUH KOPI O SEDAP:

Kadaran kopi dan gula mesti tepat. kadaran itu adalah 1 SUDU KOPI dengan 2 SUDU GULA.

contoh bancuhan: 
1 mug = 1 sudu besar kopi + 2 sudu besar gula
1 teko = 3 sudu besar kopi + 6 sudu besar gula

Kelebihan minum kopi kepada wanita:

Kopi kaya dengan antioksidan yang membantu menjaga dan melindungi kulit daripada kesan merosakkan kerana ia mampu melawan radikal bebas yang selalunya dikaitkan dengan penuaan awal.

Radikal bebas sering diakibatkan oleh kerosakan apabila terdedah kepada cahaya matahari atau pencemaran alam sekitar yang menjadi faktor utama terjadinya jerawat, kedutan, garisan halus dan bintik pada kulit.

Kopi juga berkesan untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan pada kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia juga dikatakan mampu merangsang sel kolagen, yang mampu menghasilkan kulit anjal dan gebu.

Paling menggembirakan kebanyakan wanita adalah kopi yang boleh didapati pada harga jauh rendah berbanding mendapatkan rawatan di spa mampu membantu mengurangkan masalah selulit yang sudah pasti merosakkan penampilan seseorang.

Dalam kajian Universiti Sao Paulo, Brazil, pada 2008, pengkaji mendapati kafein mampu mengurangkan sel selulit hingga 17 peratus manakala satu lagi kajian yang dijalankan Universiti Persekutuan Rio de Janeiro ke atas sukarelawan, mendapati kafein dapat mengurangkan selulit pada pinggul sehingga 70 peratus.


Kopi juga adalah minuman kegemaran Rasulullah selepas susu dan madu.

sumber: hmetro.com.my artikel 28Feb2013

No comments:

Post a Comment