One of our auntie (agak berumur dan telah lama bersara), telah mengambil bahagian melakukan ibadah korban. Atas faktor kesihatan, beliau tidak dapat ke masjid dan hanya mengirimkan pesanan kepada jiran untuk mengambil daging korban bahagian beliau. Namun, hingga ke petang hari, daging tersebut tidak kunjung tiba. Auntie telah menghubungi jiran untuk bertanya lebih lanjut. Amat mengejutkan, jiran memberitahu, ada seseorang telah mengambil daging tersebut bila nama auntie di umumkan pihak masjid. Apakah niat insan tersebut mengambil hak orang lain? Bukan kah itu sudah dikira sebagai mencuri hak orang lain? semoga keinsafan terbit dalam hati insan tersebut...
Perkara ini diharap menjadi pengajaran untuk kita semua. Kita bukan sahaja perlu menitikberatkan kesihatan tubuh dan kecantikan luaran, namun yang lebih penting adalah kecantikan dalaman dan kesihatan rohani kita semua. Sama-sama kita ambil iktibar dari peristiwa ini.
love
~SSC~
No comments:
Post a Comment