salam perkenalan untuk semua
Blog ini diwujudkan sebagai platform untuk berkongsi sedikit ilmu kehidupan untuk manfaat para wanita, terutama wanita bekerjaya yang mempunyai masa terhad dalam penjagaan diri.
Sebagai wanita bekerjaya, masa adalah amat mencemburui kita. Kesihatan adalah perkara utama, untuk kita terus cergas menghadapi cabaran dalam kerjaya dan rumah tangga. Kecantikan juga perlu dititik beratkan agar tetap tampil anggun dan profesional.
Mungkin ada antara kita yang pernah mengabaikan kecantikan dan kesihatan diri atas komitmen kerjaya dan keluarga. Namun, pengalaman mematangkan kita. Seperti wanita lain, admin pernah mengalami pengalaman berdiet untuk menurunkan berat badan. Pelbagai cabaran timbul apabila kita mulai sedar tentang pentingnya kesihatan. Cabaran semakin hebat apabila kita ingin mengamalkan cara hidup yang sihat dan berkesan untuk seisi keluarga.
Namun, dengan tekad dan keazaman, kita mampu melaluinya. Mari kita amalkan cara hidup yang sihat. Kami akan berkongsi berbagai tips untuk panduan kita bersama. Teruskan bersama kami.
love
-SSC-